:: Saya Anak Malaysia ::

Proud To Be Malaysian

Keistimewaan Bau Ketiak Lelaki

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan & melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan uji kaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik.

Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... di petik dari majalah PA&MA...Feb2004...kalau tak caya... So kengkawan kalau tengah strees tu ....bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend. Bagi kaum adam pulak ,simpan bau ketiak untuk orang tersayang.

Moral of the Story....
So kalau isteri dok tensyen tu...lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu. insyaallah mood dia ok....... ha..ha...ha....selamat mencuba...& Kepada para isteri jangan dok tension sangat...nanti kena cium bau ketiak suami........

Protokol ke Sepuluh Yahudi

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1.Song
Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela @ ada anak-anak yang tak hafal Fatihah tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa, berjaya sudah Yahudi.Hingga kita terfikir, bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2.Sex
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan.Babak sex amat lumrah..kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.Filem 18SX amat laris berbanding filem U.VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah.Nak free? Download je kat internet. Kebanyakan filem mengandungi unsur sex. Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.

3.Smoke
Rokok menjadi kegilaan para remaja dan juga yang dah tua. sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok.Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date". Dulu yang merokok ini perangai golongan pelacur ataupun penari kabaret....( tengok dari filem P Ramlee ). Kalo kat kampung kite di Kedah nun, nenek2 pun hisap Dunhill. Syabas yahudi...berjaya lagi kamu.

4.Sport
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton dirumah, akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL. Yahudi gol lagi.sampai ada ulamak kata. kerana sukan sembahyang boleh ditangguhkan. Nauzubullah.

5.Fun
Hiburan, dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.Kalau kita lihat dalam 100 majalah. mungkin 99 adalah majalah hiburan termasuklah majalah mangga yang menayangkan buah mangga artis perempuan.Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert pelbagai maksiat akan diselit masuk. Yahudi terhibur lagi.

6.Female
Perempuan.Tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan.Kalau kita ke kedai bateri kereta, dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?Kalau iklan pad,takpe la. Yahudi bersorak lagi.

7.Fashion
Fesyen, terutama kaum perempuan yang bermacam-macam sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi
teruklah.Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.Bila warnakan rambut,mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung, bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu.Kalau dah rambut di warnakan, sembahyang pun tak sah. Malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air.Itu tak kira yang cukur bulu kening lagi. Yahudi ketawa lagi.Umat islam sudah jadi macam Yahudi.

8.Food
Makanan adalah lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MCD, Kentucky, Pizza hut...dan seribu satu macam lagi.Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina, masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan.Tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky.. rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap? Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi tetapi berfikiran pun macam yahudi. Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi.

Itu baru protokol yang ke 10,yang lain-lain entah macam-macam lagi.Kita wajib cintakan Malaysia, tapi lebih cintakan wajib untuk cintakan ALLAH. Oleh itu,jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah, DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH.

Eye On Malaysia

Kisah ini berlaku berbulan2 yang lalu. Pada suatu hari, lepas kite dah abis kuliah, Hubby kite ajak g tasik Titiwangsa tgk Eye on Malaysia sebab dah banyak hari kite merengek nak g tengok benda tu. Lepas kite janji yang kite nak g tengok je ( tanpa merengek plak nak naik benda tu), Hubby kite pun dengan penuh perasaan kasih sayang bawak la kite ke situ. Dari jauh, kite rasa kagum la sebab besar sungguh. Tapi bila dah g dekat ngan roda tu, tiba2 kite berubah fikiran. Kite nak naik! Hubby kite punya la marah, sebab dia tau yang kite ni gayat. Kang bila dah sampai kat atas tu, dia risau apa2 jadi kat kite. Menyusahkan dia pulak tu. Kite nak juga naik. Akhirnya, seperti biasa, hubby kite memang akan sentiasa kalah ngan rengekan kite. Kitaorang pun gi la beli tiket. tak kena beratur pun sebab weekday. Kite yg bayar tiket tu ( It is a part of the deal). Habis la duit kite RM30 semata2 nak tgk Kl dari udara. Sebelum naik, sempat la bergambar sket2.




Besar gak gondola tu. Kitaorang share ngan satu famili dari Australia, mak dia + 2 orang anak lelaki. Mula masuk, rasa seronok la. Sembang2 ngan mat saleh tu, interview dorang sket2 kenapa datang Malaysia, bla bla bla. Tapi bila benda tu start bergerak, kite dah mula suspense. Kite pegang Hubby kite kuat2. Dia dah senyum kambing ejek kite. Oleh kerana kite ni orang yg jujur, kite bgtau la kat mat saleh tu yg kite ni sebenarnya gayat duduk tinggi2 ni. Mat saleh tu pun ngan baik hatinya pujuk kite, dia kata " Its ok. Nothing to worry". Kite senyum je la. Dalam hati tuhan je yang tau. Hubby kite yang nakal ni plak, sempat amik gambar kite time2 tengah takut. Terpaksa la kite posing sambil terketar2 pegang tangan dia.




Anak mat saleh tu plak dah tau kite ni gayat, tak abis2 nak menyakat kite. Dia kata " Mummy, I dont mind if we fall down because we will fall down into the water" "Mummy, there is piranha inside the lake. I can see the piranha" " Mummy. I am not scared of height, but she is scared" Kata budak kecik yg comel tu ambil pandang kite. Sabar je la. Budak ni memang kejam sungguh la. Untuk hilangkan rasa takut, kite tengok2 keliling. Nampak la KL sket2 tapi takde la menarik mana pun ( mungkin waktu malam pemandangan cantik kot).


Mula2 naik tu memang gayat, tapi bila dah masuk 5 minit, mula rasa boring plak. Tambah plak, air-cond yg ada hanya sekadar perhiasan ( dia bukak slow sangat, tak rasa langsung). Bila dah nak dekat 10 minit kat atas tu, kite dah tak tau nak tgk apa. Anak2 mat saleh tu pun mula bising, bila nak turun? Akhirnya, setelah menanti dgn penuh penyiksaan, kitaorang pun turun. Bila fikir balik, tak ada la best sangat naik Eye on Malaysia. Dah la bayar mahal, air-cond pun kedekut. Lama sangat duduk main pusing2 sampai naik jemu. Tapi menyesal tiada gunanya sebab kite yg insist nak naik, kan. Tak leh la kite membebel kata tak best, takut kena kutuk ngan Hubby kite plak.

Kesimpulannya: 1. Dengan bangganya, kite berjaya mengatasi ketakutan kite terhadap ketiggian, but sadly 2. Tak ade la best sangat naik benda tu sebab tiket dia mahal melampau + panas takde air-cond + lama sangat main pusing2. Kite rasa, adalah lebih baik kalo harga tiket dikurangkan sebab, cuba bayangkan kalo satu famili yg nak naik. berapa banyak duit ayah dia habis kan. Langkah yg terbaik, kurangkan harga tiket & kurangkan masa sebab kite naik benda tu untuk tgk pemandangan, bukan nak bertapa kat atas tu. naik sekejap je dah puas tgk KL. Mungkin orang lain yg pernah naik ada pendapat yang berbeza. Tapi apa yg kite tulis ni adalah dari perspektif kite sendiri. Setuju @ tidak, terpulang la.


Sepetang di Tugu Negara

L ast weekend, adik2 kite datang KL. So, kite bawak la dorang jalan2 kat Bukit Bintang, KLCC, Dataran Merdeka, Tasik Perdana, Tasik Titiwangsa tengok Eye On Malaysia, & Tugu Negara. Sebenarnya, dah banyak kali kite pergi melawat Tugu Negara, tapi kite tak pernah rasa jemu. Pada kite, Tugu Negara adalah satu tugu peringatan bersejarah yang menjadi lambang kebanggan kita sebagai rakyat Malaysia. Kebetulan hari tu hari Sabtu, so ramai la pelancong2 luar negara kat situ. Kitaorang berempat je warganegara malaysia yang ada time tu.

Seperti biasa, bila kaki kite melangkah je kat main entrance , bulu roma kite akan meremang. Bila kite baca nama2 pahlawan yang gugur demi mencapai kemerdekaan, sayu rasa hati. Besar sungguh pengorbanan mereka. Sememangnya, kite sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia. Hari tu, walau pun cuaca panas terik sampai tak boleh nak bukak mata, kite tetap pose untuk ambik gambar. Untuk kenang-kenangan la katakan. Kat bawah ni adalah antara gambar2 yang sempat kite ambik guna handphone baru Abang De. Hehehehehehehe..........