2 Mei 2007 yang lalu adalah sambutan harijadi yang ke 2* my hubby. Selamat harijadi sayang. Tahun ni first time kitaorang sambut birthday sebagai suami isteri. Kite tengok hubby kite memang happy la hari tu. Apa taknye, ada dua celebration untuk dia. 28 April kitaorang sambut satu keluarga (ngan my in-law family), and pada detik 12 malam 2 Mei 2007, kite bagi satu sambutan yang paling istimewa dia, kitaorang potong kek berdua-duaan ( hehehehhe). Tahun ni hubby kite dapat dua kek birthday.
28 April tu boleh tahan jugak la celebration yang mama prepare untuk my hubby. Kitaorang sambut awal sebab 28 tu kebetulan hari Sabtu, Kak Long ngan Kak Eva ada balik Kl. Ahad dorang dah nak kena kerja, so celebrate awal la. Tengah hari tu kitaorang lunch bersama2, makan special. Lepas tu ada la buat sembahyang berjemaah dan baca Yasin tanda kesyukuran kepada Allah. Kembung la perut kite tengah hari tu makan nasi ayam special + puding laici ( specialty mama) + kek coklat. My Hubby pun dapat hadiah lumayan ari tu. Tapi kite tak kasi present lagi, reserve untuk 2 Mei. Petang, kitaorang berdua terpaksa pergi jogging sebab rasa bersalah makan banyak tengahhari tadi. Hehehehehe. Malam nak gi keluar dinner plak, Kak Long nak sponsor. Selalunya kalau Kak Long yang belanja, memang makan mewah la sebab Kak Long ni loaded gile.
Yang ni Sohail, anak sedara kite. Sohail ni anak Kak Eva, the one and only child. Sohail ni sangat bijak + manje. For your info, semua gambar time dinner kat bawah ni Sohail yang ambil. Heheheheh, Sohail ni bijak la. Hari tu bukan hubby kite je yang happy sebab dapat present, Sohail pun suka sebab dia dapat lepak bilik kite lama sambil tengok kartun dari pagi sampai petang. Selalu Kak Eva tak kasi Sohail tengok kartun banyak sangat. Wah, bertuah Sohail hari tu. Favourite cartoon kitaorang sama: Spongebob Squarepant. Gambar ni diambil time kitaorang tengah siap-siap nak g dinner.
Ni gambar time dinner. Diorang sume makan nasi ngan lauk Baba Nyonya sebab tu la specialty restoran ni. Tapi kite nagn Hubby makan spageti ngan steak. Hehehehhe. Dah boring la makan nasi. Pastu kite minum chocolate milkshake kegemaran kite. Best gile. Steak ngan milkshake memang pasangan yang tepat la. Pastu kite makan garden salad, tapi tak habis la sebab kenyang dah ( sebenarnya nak reserve perut untuk desert ). Malam tu kembung lagi perut kite.Desert kat restoran tu memang yang paling sedap di dunia. Kite makan banana fritters ( pisang goreng ngan ais-krim) + ice lemon tea. Wow! Memang sedap gile. Sampai licin pinggan tu kitaorang makan. Pelahap betul, rasa malu plak time tulis benda ni.
Ni in-law family kite. Papa, Kak Long, mama, and Kak Eva. Kite jarang jumpa Kak Long ngan Kak Eva sebab diorang tinggal kat the other side of the world. Mama selalu la gi rumah diorang. Suami Kak Long, Abang Mikhail tak dapat datang malam tu sebab ada hal. Suami Kak Eva, Abang Nordin tak ada kat dalam gambar ni. Kalau nak kenal Abang Nordin, dia ada kat dalam gambar kat atas... yang pakai baju merah belang2 tu.
Hehehehhe. Comelnya. Baby yang comel + chubby ni namanya Anson @ Ehsan. Ni anak Kak Long. Kesian dia, mengantuk. Anson ni hobi dia makan. Semua benda dia nak masukkan ke dalam mulut. Tak kira la buku ke, toys ke. Malam tu, menu pun dia masukkan dalam mulut. Hehehehe. Naughty la. Anson sekarang ni dah boleh duduk. Mulut pun dah start bising2. Rasanya jumpa sekali lag mesti dia dah boleh berjalan, pastu kite dah boleh sembang ngn dia kot. Anson ni bijak sangat, besar nanti jadi saintis kot. Anson ni suka ketawa. Kak Long cerita, time Anson kena inject ngan doktor, dia boleh gelak. Tak nangis pun. Hebat betul.
Ini adalah gambar 2 ekor ikan paus yang terdampar kekenyangan. Time ambik gambar ni, perut kite rasa macam nak meletup tau. Memang hari tu makan banyak betul. Apa-apa pun, dari riak wajah Hubby kite, kite tahu yang dia happy sangat malam tu. Birthday boy la katakan.
Itu la kisahnya sambutan harijadi Hubby kite pada 28 April 2007. Gambar2 time kunch kat rumah tak dapat kite siarkan kat sini sebab tak pakai tudung.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kat bawah ni plak, gambar private celebration birthday Hubby kite. Malam tu kitaorang potong kek tepat pukul 12 tengah malam. Wah Wah Wah macam Cinderella.
Kite beli Kek Blackforest sebab celebration sebelum ni dah makan kek coklat. Tukar selera la plak, kan. Sebenarnya kite plan nak buat chicken chop untuk malam tu, tapi disebabkan masalah teknikal, kite cuma sediakan baked bean (My Hubby fav), ngan nugget je. Tengok la, air pun beli kat 7E je. Kek tu kitaorang pilih sebab decoration dia lawa, nampak menyelerakan. Yang kat dalam kotak tu birthday present untuk My Hubby.
Nyam...nyam...nyam...nyam...nyam..Delicious. Tengok la betapa menawannya kek ni.
Gambar senget ni Hubby kite yang ambik. Dia kata angel macam ni lawa sket. Artistik la konon-konon. Time ni kite asyik tengah tengok jam tunggu pukul 12. Tak sabar dah ni.
Kite terpaksa pakai tudung sebab bak letak gambar kat blog. ( Mula1 rasa macam orang tak betul je pakai tudung kat dalam rumah pukul 12 tgh malam). Hubby kite memberikan sebuah ciuman yang penuh ngan kasih sayang, cewahhhhh. Tengok la, sampai muncung2 mulut dia nak kiss kite. Muka dah jadi macam planet of the apes. heheheheh jangan marah ye, abang.
Sesi bergambar diteruskan sementara menunggu detik 12 tengah malam. Yeyy! Dah pukul 12.00. Kite pun wish happy birthday kat Hubby kite. Kini tiba la masa yang ditunggu-tunggu, sesi buka hadiah. Dah banyak hari Hubby kite pening kepala cuba teka apa hadiah yang kite bagi kat dia tahun ni. Siap selongkar purse kite cari kot2 ada terselit resit.Hehehehe.
Ceh.... bukak je kotak tu terus jumpa kad. Apa lagi, pose la dulu sebelum baca. Kita suruh dia berlakon sket time ni.Dah bukak hadiah, boleh la tiup lilin. Lepas tu, yey upacara memotong kek.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam tu, lepas makan, kitaorang gi rumah Maxis ( kawan my Hubby ) main playstation sampai pukul 4.30 pagi. Diorang main winning eleven, lawan bola. Mentang2 la birthday Boy, Maxis kalah teruk ngan my Hubby. Sampai rumah, lebih kurang pukul 5.00 pagi. Memang mengantuk sangat-sangat. Esok harinya bangun pukul 11.00.
Hehehehehehehe. Begitu la hebatnya sambutan harijadi Hubby kite yang ke 2*. Terima kasih kerana membaca.