Ini ada satu soalan matematik.... sumbangan seorang rakan. Sesiapa yang bijak, try la selesaikan masalah Ahmad:
Ahmad miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga RM50.
Die pinjam kat kawan A RM25
dan die pinjam kat kawan B RM25
so die pegi la nak beli baju tu
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun.
baju tu skarang berharga RM45
die bayar then die dapat baki RM5
die bagi kawan A RM1
dan die bagi kawan B RM1
die tinggal RM3
die hutang kawan A RM24
dan die hutang kawan B RM24
so die hutang RM48
die ade RM3 skarang
RM48 + RM3 = RM51
Macam mane boleh ada lebih RM1 ?, padehal die pinjam RM50 jer...
Anybody knows the answer?
:: Saya Anak Malaysia ::
Petua Kecantikan
1) Menaikkan seri wajah
Petua Pertama: Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.
Petua Pertama: Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.
Petua Kedua: pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah anda akan kelihatan berseri.
Petua Ketiga: Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.
2. Mengekalkan kecantikan wajah
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman
3. Menegangkan kulit muka
Petua Pertama: Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Petua Kedua: Campurkan bedak sejuk dengan jus limau nipis, dan sapukan ke wajah. Pada peringkat permulaan, anda akan terasa sedikit pedih, tapi setelah anda mengamalkannya, anda akan berpuas hati dengan usaha anda.
3. Menghaluskan kulit muka
Petua Pertama: Bancuhkan asam jawa + air + tepung ubi, jadikan sebagai masker. Biarkan di wajah sehingga kering, kemudian basuh dangan air suam.
Petua Kedua: Didihkan susu segar/ susu tepung yang dibancuh dengan air, sapukan ke wajah. Apabila sudah kering, bilas dengan air yang bersih. Petua Ketiga: Dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu.Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.
4. Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
5. Pulihkan kulit terbakar ( sunburn )
Parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan dengan satu camca madu. Selepas itu sapukan ramuan itu tadi pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan selaman beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air bersih. lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.
6. Merawat kulit berkedut
Petua Pertama: Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Petua Kedua: Sapukan madu ke wajah (nipis sahaja) & setelah kering, bersihkan dengan air suam. Untuk wajah yang berminyak, boleh tambahkan sediki jus lemon.
7. Masalah jerawat
Petua Pertama: Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.
Petua Kedua: Rebus 500 gram kacang hitam bersama gula merah dan air yang secukupnya.
Kemudian tapis airnya dan minum ketika suam @ sejuk.
8. Jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu
9. Merawat parut jerawat batu
Gunakan sebiji tomato masak ranum, lumatkan dan campurkan dengan putih telur. Sapukan pada wajah dua kali sehari pagi dan petang. Lakukan selalu untuk hasil yang memuaskan.
10. Merawat rambut berbuah
Selepas mandi, ketika rambut masih lagi basah, ambil sikat ( sikat buluh @ sisir kapit ) lalu sikat rambut anda perlahan-lahan secara menurun. Lakukan berulang kali dan anda akan lihat buah hitam melekat pada sikat rambut. Amalkan pada waktu pagi.
11. Rambut beruban dan berkelemumur
Petua Pertama: Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.
Petua Kedua: Rendamkan teh semalaman. Kemudian usapkan ke kepala, lakukanlah selama 30 minit sebelum anda mencuci dengan syampu.
12. Melembutkan rambut
Petua Pertama: Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Petua Kedua: Kisar 5 biji limau nipis, sapukan ke rambut ketika mandi. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua Ketiga: Ambil segenggam daun inai,mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan , kemudian sapulah pada rambut anda.
13. Menghilangkan kelemumur
Petua Pertama: Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
Petua Kedua: Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.
Petua Ketiga: Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
Petua Keempat: Ambil kangkung muda lalu dicampurkan dengan sedikit air, sehingga mengeluarkan air lendirnya, setelah itu usapkan di atas kepala rata-rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah dicuci seperti biasanya. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, masaalah kelemumur anda dapat diatasi.
14. Menghitamkan rambut
Petua Pertama: Gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.
Petua Kedua: Ambil daun bunga raya segenggam , kemudian masukkan kedalam bekas dan isi sedikit air selepas itu ramas hingga belendir.Selepas itu sapu diatas kepala beberapa minit sebelum mandi Insyallah kepala anda akan berasa sejuk selepas mandi dan rambut mengambil sedikit masa untuk hitam.
15. Melebatkan rambut
Petua Pertama: Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan keatas kepala. Kemudian cucilah rambut anda.
Petua Kedua: Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.
16. Segarkan mata
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata seketika.
17. Atasi rambut gugur
Petua Pertama: Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
Petua Kedua: Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugur lagi.
18. Menghilangkan ketumbit di mata
Geselkan 2 batang sudu dan sapukan bahagian yang digesel ke tempat yang ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
19. Melebatkan bulu kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara2 nya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.
20. Menghilangkan bulu di atas bibir
Petua Pertama: Perahkan jus limau nipis, campurkan dengan gula pasir. Sapukan ke bahagian atas bibir.
Petua Kedua: Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada bulu di atas bibir setiap hari.
21. Memutihkan gigi
Petua pertama: Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi.
Petua kedua: Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.
22. Merawat bibir merekah
Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
23. Bibir merah semulajadi
Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
24. Menegangkan payudara
Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payudara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
25. Menghaluskan tangan
Ambil garam, campurkan sedikit jus limau nipis, gosokkan ke kedua telapak tangan. Amalkan selalu.
26. Menurunkan berat badan
Ambil sebatang lobak putih (sederhana besar). Bersihkan, kisar bersama segelas air masak. Amalkan meminum jus lobak putih sekurang-kurangnya sekali sehari.
27. Mengempiskan perut buncit
Petua Pertama: Campurkan kapur makan dengan limau nipis, kemudian sapukan ke perut setiap malam sebelum tidur.
Petua Kedua: Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
28. Menghaluskan kulit badan
Petua Pertama: Tumbuk beberapa biji buah keras, dan campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Jadikan sebagai scrub ketika mandi, Insya Allah dapat menghaluskan kulit & menghilangkan daki yang melekat di badan.
Petua Kedua: Kisar dua biji kelapa, tuangkan ke dalam tab mandi. Berendam di dalam tab mandi tersebut selama 15-20 minit, sambil gosokkan hampas kelapa ke badan.
Petua Ketiga: Ambil air basuhan beras dan sapukan ke seluruh badan sebelum mandi. Biarkan selama sepuluh minit hingga kering, kemudian gosok dengan span mandi.
29. Mengatasi senggugut
Ambil 3 ulas bawang putih dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam, tumbuk hingga halus. Campur bahan-bahan tersebut dengan air panas. Minum seminggu sebelum haid.
30. Mengatasi masalah keputihan
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
31. Gatal vagina
Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
32. Sakit ketika buang air kecil
Sekiranya kencing berasa sakit, cari daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan sebiji bawang merah. Giling sehingga lumat, sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.
33. Menyembuhkan kurap
Pertama: Tumbuk bayam hingga lumat, campurkan kapur sireh. Sapu ke tempat yang dijangkiti. Kedua: Gunakan kunyit hidup. Ketuk kunyit tersebut, sapukan ke kawasan berkurap.
34. Mencerahkan ketiak
Campurkan jus limau nipis & kapur sireh, sapukan setiap hari selepas mandi.
35. Menghilangkan parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.
35. Menghilangkan kesan hitam
Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Insyaallah kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar. Selamat mencuba.
36. Menghilangkan bau badan
Petua Pertama: Potong limau kasturi, buang bijinya. Makan limau tersebut termasuk kulitnya. Ia dipercayai dapat menghilangkan bau badan.
Petua Kedua: Ambil beberapa helai pucuk daun nipis (daun yang masih muda), tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan air sehingga menjadi jus, kemudian minum jus tersebut. Amalkan seminggu sekali.
Petua Ketiga: Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.
37. Mewangikan peluh
Ambil 20 hingga 30 helai daun sireh. Rebus dengan 3 gelas air den jadikan sebagai minuman setiap hari.
38. Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,ia juga boleh menghilangkan masalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.
39. Urat kaki timbul
*etua Pertama: Amalkan minum air suam setiap hari. Ia juga dapat dirawat dengan cara menyapukan minyak panas ke kaki setiap malam sebelum tidur. Cara terakhir ialah dengan meninggikan kaki dari kepala semasa tidur.
Petua Kedua: Sebelum tidur setiap malam, ambil 2 @ 3 ulas bawang merah, tumbuk sedikit dan campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan ke betis @ kaki dan balut. Seelok-eloknya dilakukan ketika sedang berpantang.
40. Tumit pecah
Petiklah buah betik yang masih muda dan dipotong hingga keluar getah. Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu sebelum digosok dengan getah betik. Kemudian barulah digosok sama rata. Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin Allah tumitkaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada tumit kaki anda akan hilang.
Orang gila junior, senior dan veteran
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut. Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi."Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?" Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik."Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu."Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah berfikir panjang."Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat."Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan.
Kemudian,Veteran pula dipanggil."Awak dah lama benar di sini kan?""Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini."Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja."Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa."Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran."Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?" Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"
Penipu Paling Handal di Dunia
Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini,dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga,tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam(orang belanja of course), exercise tarak,satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul,Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan.Untuk terakhir kali, siisteri menghampiri Hj.Teepo."Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang.Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan.Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal.Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."
"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong.
Nak kelentong Malaikat pulak tu.....
Ambik le iktibar....

Contoh Surat Permohonan Kerja
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Malaysia Airlines System
12 mei 2004
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP.
Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran :(gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak. Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok) p/s (alignment kat situ tipu). Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat
serenti)
5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

Lawak Cipan
Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti di tepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek. Hari dah nak masuk maghrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak. Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan.
Tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Cipan!!!....... Slow sikit.....". Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Hampeh!!!!! **** you!!!, ****** kau!!!".."Bagerooo..."sedap jer cakap orang Cipan...."
Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali. Rupa-rupanya, dia dah langar cipan yang telah dilanggar oleh perempuan tadi.
(Moral of the Story : Hoi Cipan!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukannya marah...tapi nak bagi tau jer....yang ada cipan tergolek kat depan....hehehehehehe)
Subscribe to:
Posts (Atom)