:: Saya Anak Malaysia ::

Proud To Be Malaysian

Keistimewaan Bau Ketiak Lelaki

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan & melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan uji kaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik.

Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... di petik dari majalah PA&MA...Feb2004...kalau tak caya... So kengkawan kalau tengah strees tu ....bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend. Bagi kaum adam pulak ,simpan bau ketiak untuk orang tersayang.

Moral of the Story....
So kalau isteri dok tensyen tu...lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu. insyaallah mood dia ok....... ha..ha...ha....selamat mencuba...& Kepada para isteri jangan dok tension sangat...nanti kena cium bau ketiak suami........

5 comments:

Diana said...

saya selalu tercium bau ketiak adik lelaki saya lepas dia balik main bola. rasanya bau yg hangi tu tak menghilangkan stress pun sebab tiap kali bau ketiak dia, saya rasa nak muntah.

pak mud said...

Pasai ni, Pak Mud setuju. Kalau ada marka cun yang nak buat esperimen... contact Pak Mud noooo. Pak Mud boleh jadi voluntere

Anonymous said...

eiiyuks....x sanggup laa nak cium ketiak masam dorang..baik cium ketiak sendiri..huhuhu

Anonymous said...

cam tak pecaya je. anybody dah try?

Anonymous said...

ketiak eden ni masih meleleh air peluhnye..sape2 agak stess tu bole la eden tekap terus idung die ke ketiak eden nie...mujarab slalunye..meh sini..eden dah xsabar nie...hahhaha