:: Saya Anak Malaysia ::

Proud To Be Malaysian

Petua Kecantikan

1) Menaikkan seri wajah
Petua Pertama: Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.


Petua Kedua: pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah anda akan kelihatan berseri.


Petua Ketiga: Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.


2. Mengekalkan kecantikan wajah
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman


3. Menegangkan kulit muka
Petua Pertama: Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.


Petua Kedua: Campurkan bedak sejuk dengan jus limau nipis, dan sapukan ke wajah. Pada peringkat permulaan, anda akan terasa sedikit pedih, tapi setelah anda mengamalkannya, anda akan berpuas hati dengan usaha anda.


3. Menghaluskan kulit muka
Petua Pertama: Bancuhkan asam jawa + air + tepung ubi, jadikan sebagai masker. Biarkan di wajah sehingga kering, kemudian basuh dangan air suam.


Petua Kedua: Didihkan susu segar/ susu tepung yang dibancuh dengan air, sapukan ke wajah. Apabila sudah kering, bilas dengan air yang bersih. Petua Ketiga: Dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu.Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.


4. Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.


5. Pulihkan kulit terbakar ( sunburn )
Parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan dengan satu camca madu. Selepas itu sapukan ramuan itu tadi pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan selaman beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air bersih. lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.


6. Merawat kulit berkedut
Petua Pertama: Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.


Petua Kedua: Sapukan madu ke wajah (nipis sahaja) & setelah kering, bersihkan dengan air suam. Untuk wajah yang berminyak, boleh tambahkan sediki jus lemon.


7. Masalah jerawat
Petua Pertama: Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.


Petua Kedua: Rebus 500 gram kacang hitam bersama gula merah dan air yang secukupnya.
Kemudian tapis airnya dan minum ketika suam @ sejuk.


8. Jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu


9. Merawat parut jerawat batu
Gunakan sebiji tomato masak ranum, lumatkan dan campurkan dengan putih telur. Sapukan pada wajah dua kali sehari pagi dan petang. Lakukan selalu untuk hasil yang memuaskan.


10. Merawat rambut berbuah
Selepas mandi, ketika rambut masih lagi basah, ambil sikat ( sikat buluh @ sisir kapit ) lalu sikat rambut anda perlahan-lahan secara menurun. Lakukan berulang kali dan anda akan lihat buah hitam melekat pada sikat rambut. Amalkan pada waktu pagi.


11. Rambut beruban dan berkelemumur
Petua Pertama: Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.


Petua Kedua: Rendamkan teh semalaman. Kemudian usapkan ke kepala, lakukanlah selama 30 minit sebelum anda mencuci dengan syampu.


12. Melembutkan rambut
Petua Pertama: Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.


Petua Kedua: Kisar 5 biji limau nipis, sapukan ke rambut ketika mandi. Amalkan 2 kali seminggu.


Petua Ketiga: Ambil segenggam daun inai,mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan , kemudian sapulah pada rambut anda.


13. Menghilangkan kelemumur
Petua Pertama: Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.


Petua Kedua: Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.


Petua Ketiga: Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.


Petua Keempat: Ambil kangkung muda lalu dicampurkan dengan sedikit air, sehingga mengeluarkan air lendirnya, setelah itu usapkan di atas kepala rata-rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah dicuci seperti biasanya. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, masaalah kelemumur anda dapat diatasi.


14. Menghitamkan rambut
Petua Pertama: Gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.


Petua Kedua: Ambil daun bunga raya segenggam , kemudian masukkan kedalam bekas dan isi sedikit air selepas itu ramas hingga belendir.Selepas itu sapu diatas kepala beberapa minit sebelum mandi Insyallah kepala anda akan berasa sejuk selepas mandi dan rambut mengambil sedikit masa untuk hitam.


15. Melebatkan rambut
Petua Pertama: Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan keatas kepala. Kemudian cucilah rambut anda.


Petua Kedua: Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.


16. Segarkan mata
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata seketika.


17. Atasi rambut gugur
Petua Pertama: Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.


Petua Kedua: Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugur lagi.


18. Menghilangkan ketumbit di mata
Geselkan 2 batang sudu dan sapukan bahagian yang digesel ke tempat yang ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.


19. Melebatkan bulu kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara2 nya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.


20. Menghilangkan bulu di atas bibir
Petua Pertama: Perahkan jus limau nipis, campurkan dengan gula pasir. Sapukan ke bahagian atas bibir.


Petua Kedua: Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada bulu di atas bibir setiap hari.


21. Memutihkan gigi
Petua pertama: Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi.


Petua kedua: Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.


22. Merawat bibir merekah
Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.


23. Bibir merah semulajadi
Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.


24. Menegangkan payudara
Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payudara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.


25. Menghaluskan tangan
Ambil garam, campurkan sedikit jus limau nipis, gosokkan ke kedua telapak tangan. Amalkan selalu.


26. Menurunkan berat badan
Ambil sebatang lobak putih (sederhana besar). Bersihkan, kisar bersama segelas air masak. Amalkan meminum jus lobak putih sekurang-kurangnya sekali sehari.


27. Mengempiskan perut buncit
Petua Pertama: Campurkan kapur makan dengan limau nipis, kemudian sapukan ke perut setiap malam sebelum tidur.


Petua Kedua: Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


28. Menghaluskan kulit badan
Petua Pertama: Tumbuk beberapa biji buah keras, dan campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Jadikan sebagai scrub ketika mandi, Insya Allah dapat menghaluskan kulit & menghilangkan daki yang melekat di badan.


Petua Kedua: Kisar dua biji kelapa, tuangkan ke dalam tab mandi. Berendam di dalam tab mandi tersebut selama 15-20 minit, sambil gosokkan hampas kelapa ke badan.


Petua Ketiga: Ambil air basuhan beras dan sapukan ke seluruh badan sebelum mandi. Biarkan selama sepuluh minit hingga kering, kemudian gosok dengan span mandi.


29. Mengatasi senggugut
Ambil 3 ulas bawang putih dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam, tumbuk hingga halus. Campur bahan-bahan tersebut dengan air panas. Minum seminggu sebelum haid.


30. Mengatasi masalah keputihan
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.


31. Gatal vagina
Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.


32. Sakit ketika buang air kecil
Sekiranya kencing berasa sakit, cari daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan sebiji bawang merah. Giling sehingga lumat, sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.


33. Menyembuhkan kurap
Pertama: Tumbuk bayam hingga lumat, campurkan kapur sireh. Sapu ke tempat yang dijangkiti. Kedua: Gunakan kunyit hidup. Ketuk kunyit tersebut, sapukan ke kawasan berkurap.


34. Mencerahkan ketiak
Campurkan jus limau nipis & kapur sireh, sapukan setiap hari selepas mandi.


35. Menghilangkan parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.


35. Menghilangkan kesan hitam
Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Insyaallah kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar. Selamat mencuba.


36. Menghilangkan bau badan
Petua Pertama: Potong limau kasturi, buang bijinya. Makan limau tersebut termasuk kulitnya. Ia dipercayai dapat menghilangkan bau badan.


Petua Kedua: Ambil beberapa helai pucuk daun nipis (daun yang masih muda), tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan air sehingga menjadi jus, kemudian minum jus tersebut. Amalkan seminggu sekali.


Petua Ketiga: Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.



37. Mewangikan peluh
Ambil 20 hingga 30 helai daun sireh. Rebus dengan 3 gelas air den jadikan sebagai minuman setiap hari.


38. Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,ia juga boleh menghilangkan masalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.


39. Urat kaki timbul
*etua Pertama: Amalkan minum air suam setiap hari. Ia juga dapat dirawat dengan cara menyapukan minyak panas ke kaki setiap malam sebelum tidur. Cara terakhir ialah dengan meninggikan kaki dari kepala semasa tidur.


Petua Kedua: Sebelum tidur setiap malam, ambil 2 @ 3 ulas bawang merah, tumbuk sedikit dan campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan ke betis @ kaki dan balut. Seelok-eloknya dilakukan ketika sedang berpantang.


40. Tumit pecah
Petiklah buah betik yang masih muda dan dipotong hingga keluar getah. Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu sebelum digosok dengan getah betik. Kemudian barulah digosok sama rata. Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin Allah tumitkaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada tumit kaki anda akan hilang.

5 comments:

Anonymous said...

Hmm iѕ anyone else exρeriеncing ρrοblems with the pictures оn this blοg loading?

I'm trying to find out if its a problem on my end or if it's the
blοg. Any suggestions ωould be gгeatly aρpreciatеd.



my ѕіte; adult kick scooter blogs
my site :: adult kick scooter blogs

Anonymous said...

Have you еѵer thought about aԁԁing a lіttle bіt mοге thаn ϳust уouг articles?

I mеan, ωhat you ѕaу is fundamental and
аll. Ηowevег just imagіne if уou added ѕome
greаt vіsuals or ѵideos to give youг pоsts mоre, "pop"!

Your content iѕ eхcellent but with pісѕ and νideo clipѕ, this site сould definitely be onе
of the very best in itѕ field. Very good blog!


Ηave а lоok аt my ωеb ρage:
http://howtolosebellyfatfast.webs.com/

Anonymous said...

First οff I woulԁ like to say еxcellеnt blog!
I had a quick questіon that I'd like to ask if you do not mind. I was interested to know how you center yourself and clear your mind before writing. I've had trouble cleаring my mіnd in getting
my ideas out there. Ι truly do enjoy wгiting but
it ϳust seems like the first 10 to 15 minutes are wasted just
tгyіng to figure out how to begin. Anу ideas or hints?
Kudos!

My blog рost :: increase small boobs

Anonymous said...

Do you have a ѕpam iѕѕue on this ѕite;
I also am a blogger, аnԁ I waѕ curiouѕ about your ѕituatіon; we haѵe created ѕome nice
ρrасtiсes and ωe are loоκing tо traԁе strategiеs with other
folks, bе surе tо shoot me аn е-maіl if intегеѕted.


Vіsіt mу webpage: Emergency Plumber Solihull

Anonymous said...

Do уou hаve a ѕpam problem on thiѕ
website; I also am а bloggeг, anԁ I was ωanting to knоw your
situatiоn; ωе have deνeloped somе nice ρгoсeԁuгes
and ωe аre lоoking to trade tеchniques with othеr fоlks, whу not shoοt me аn emаіl if interеsteԁ.


My web рagе ... how to lose belly quickly